Sertai Ikhwatuna!

“Solidariti Kemanusiaan Saat Bencana Melanda!”

Apabila bencana melanda, yang musnah bukan sekadar harta tetapi keselamatan, kesihatan, dan nilaian sebuah kehidupan.

IKHWATUNA diwujudkan sebagai respon pantas Yayasan Lelangit untuk menggerakkan bantuan kecemasan berstruktur, terbuka dan berimpak kepada mangsa yang ditimpa bencana alam tanpa mengira latar belakang.

Kerana dalam krisis, kita bukan sekadar empati tetapi perlu diterjemahkan dalam tindakan.

IKHWATUNA membawa maksud “saudara-saudara kita” satu prinsip bahawa penderitaan mereka adalah tanggungjawab kita bersama.
Kempen ini bertujuan :
Setiap bantuan anda diterjemahkan kepada tindakan sebenar, bukan sekadar angka.
 
Dana IKHWATUNA akan dimanfaatkan secara langsung untuk :
🟦 Bantuan kecemasan & makanan asas
(pek makanan, air bersih, keperluan harian)
 
🟦 Sokongan kesihatan & keperluan kritikal
(ubat-ubatan, kit kebersihan, barangan bayi & warga emas)
 
🟦 Pemulihan awal komuniti terjejas
(pembersihan, sokongan pasca-banjir, keperluan sementara)
 
Setiap agihan dirancang berdasarkan keperluan sebenar di lapangan.
Yayasan Lelangit menguruskan kempen IKHWATUNA dengan kerangka tadbir urus profesional, merangkumi :
Ini memastikan setiap bantuan sampai, memberi kesan, dan berpanjangan.
 
Jadilah Sebahagian Daripada Solusi
 
Dalam saat genting, kesegeraan dan keikhlasan dalam menyantuni saudara kita yang terkesan amat diperlukan.
Bantuan anda hari ini :

Meringankan BEBAN keluarga yang kehilangan segalanya

Menjadi TALIAN HAYAT buat mereka yang terperangkap

Menjadi BUKTI bahawa umat ini tidak membiarkan saudaranya sendiri

 
👉 Salurkan bantuan anda melalui Kempen IKHWATUNA
👉 Jadilah suara harapan di saat mereka paling memerlukan
 
IKHWATUNA
Bukan sekadar bantuan.
Ia adalah tanggungjawab, solidariti dan amanah kemanusiaan.
RM