Tentang Yayasan lelangit
Pengenalan
Yayasan Lelangit – Amanah Membentuk Generasi Mandiri
Kami adalah yayasan yang didirikan atas semangat memperkasa potensi insan, membina model bantuan yang berintegriti, dan menghasilkan impak berpanjangan. Didorong oleh misi sosial, disokong oleh entiti korporat (Lelangit Sdn Bhd), kami meletakkan pembangunan manusia sebagai teras utama.
" Memperkasa Kepimpinan, Melahirkan Bakat Masa Depan "
“Rasulullah SAW bersabda: “ Sebaik-baik pemimpin kamu ialah mereka yang kamu cintai dan mencintai kamu, yang berselawat ke atas kamu dan kamu berselawat ke atas mereka, dan seburuk-buruk pemimpin kamu ialah yang kamu benci dan yang membenci kamu, yang kamu laknat dan yang melaknat kamu. - Sahih Muslim, Hadis 4573
Visi Kami
Visi Yayasan Lelangit adalah untuk memperkasakan institusi imam dan asatizah. Meletakkan institusi mengikut standard amalan korporat yang mampan, dan memastikan institusi ini dapat memberikan sumbangan yang signifikan kepada pembangunan rohani dan fizikal komuniti mereka.
Visi Kami
Menggalakkan Aktiviti kemanusiaan melalui beberapa program :-
Ibadah Korban
Melaksanakan dan menguruskan program Korban tahunan dan memastikan daging Korban diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Yayasan lelangit melaksanakan Ibadah Korban di 11 buah negara.
Program Jualan Wakaf Quran
Melaksanakan dan menguruskan program jualan Wakaf Al-Quran. Setiap Al-Quran yang diwakaf kan akan disalurkan kepada umat islam yang memerlukan samada di dalam negara atau pun di luar negara.
Projek Wakaf Telaga
Membangun dan menyelenggara telaga air bersih di kawasan-kawasan yang memerlukan dan kini fokus utama membangunkan fasiliti di Chad, untuk memastikan akses kepada air bersih dan mengurangkan penyakit yang berpunca daripada air tercemar.
Pembangunan Kompleks Utama
Merancang dan membina kompleks Islam sebagai pusat tumpuan yang menyediakan kemudahan pendidikan, ibadah, dan komuniti untuk penduduk setempat. Merancang dan membina kompleks Islam sebagai pusat tumpuan yang menyediakan kemudahan pendidikan, ibadah, dan komuniti untuk penduduk setempat.
Pemerkasaan Institusi Imam dan Asatizah
Menyediakan latihan dan program pembangunan profesional untuk para imam dan asatizah, mengintegrasikan prinsip-prinsip korporat dan kepimpinan dalam pendidikan mereka
Projek Dakwah dan Kebajikan Asnaf di Sabah
Bersama Yayasan Langit kita akan menyantuni golongan-golongan asnaf di Sabah dalam menyampaikan bantuan harian dan dakwah bersama asatizah dan sukarelawan.
Nilai Teras Yayasan Lelangit
Keikhlasan
Semua aktiviti dilakukan dengan niat yang ikhlas untuk membantu dan memajukan masyarakat.
Integriti
Menjalankan semua program dengan jujur dan amanah.
Keberkesanan
Menjamin bahawa semua sumbangan dan usaha memberikan impak maksimum kepada penerima dan sistem RnD sebagai penanda aras sesuatu program.
Kemampanan
Fokus pada projek-projek yang membawa kesan jangka panjang dan mampan.
Carta Organisasi Yayasan lelangit
Ustaz Luqman Nulhakim bin Mohd Husain
Pengerusi / Pengarah Yayasan
Ustaz Abdullah Ibrahim
Ketua Operasi & Program (COO)
Ustaz Mohammad Syahid bin Jamel
Ketua Kewangan & Dokumentasi
Ustaz Muhammad Hafizudin bin Abdul Rasid
Ketua Media & Komunikasi
Ustaz Mohd Noor Ihsan bin Kamaruzaman
Ketua Jaringan & Sumber Dana