Quranic Intelligence QI

“Membina Generasi Berilmu, Berakhlak dan Memperkasa ilmu Al-Quran”

Quranic Intelligence QI ialah salah satu inisiatif Yayasan Lelangit yang memfokuskan pembangunan pendidikan Al-Quran juga menyantuni pelajar yang kurang kemampuan tetapi berpotensi melanjut pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi.

Program ini diwujudkan bagi memastikan pendidikan terutama Pengajian Islam serta Pengajian Al-Quran bukan sekadar diwarisi, tetapi diperkasakan, melalui sistem latihan, tajaan pelajar dan sokongan pendidikan yang berterusan.

QI bukan program bermusim.
Ia adalah pelaburan jangka panjang untuk masa depan ummah.

1. Pendidikan Pengajian Ilmu Turath

2. Tajaan & Biasiswa Pelajar

3. Prihatin Murabbi

Yayasan Lelangit telah berjaya menghantar pelajar menyambung pengajian Islam ke Mauritania melalui kerjasama strategik bersama NGO Al-Azhar Care.
Pencapaian ini mencerminkan keupayaan yayasan dalam pengurusan tajaan, kebajikan pelajar serta jaringan kerjasama pendidikan antarabangsa.

Sebagai inspirasi kepada generasi muda, (QI) turut mengangkat adik Nurul Izzah Sufiah binti Mohd Noor Ihsan sebagai ikon anak muda dalam pendidikan Al-Quran.
Beliau telah mencatat pencapaian membanggakan dengan meraih tempat ketiga Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2025 (kategori perempuan).

Pencapaian ini menjadi bukti bahawa pelaburan dalam pendidikan terutama dunia pendidikan Al-Quran mampu melahirkan bakat yang diiktiraf di peringkat nasional.

🟦 Pendidikan Islam terutama Pengajian Al-Quran memerlukan sokongan yang konsisten dan berterusan.
 
🟦 Ramai pelajar berpotensi memerlukan akses dan pembiayaan yang stabil.
 
🟦 Pembangunan ilmu adalah asas kepada pembinaan masyarakat berakhlak.
 

QI hadir sebagai platform Pengajian Islam yang tersusun, telus dan berdaya maju.

Setiap sokongan yang diberikan membantu :-

Memastikan kesinambungan pengajian pelajar Pengajian Islam.

Memperluaskan akses pendidikan bermula komuniti kecil yang memerlukan.

Membina generasi berilmu yang menjadi aset ummah.

 

👉 Salurkan bantuan anda melalui Kempen Quranic intelligent ini.

👉 Jadilah suara harapan di saat mereka paling memerlukan.
 
RM